Friday, January 27, 2012

Bercerai susu (weaning off)


Ramai para ibu tertunggu-tunggu usia anak mencecah 2 tahun kerana dirasakan di situlah ukuran kejayaan ibu menyusukan anak sebagaimana yg telah digariskan di dalam Al Quran mengenai penyempurnaan penyusuan anak sehingga usia 2 tahun.

Sebab-sebab ibu mahu bercerai susu:

* ibu sudah bersedia untuk hamil semula atau ibu sedang hamil; atau
* ibu yang tandem nursing sebelum ini ingin menumpukan perhatian untuk melengkapkan penyusuan si adik pula; atau
* ibu tidak mahu lagi mengusung breast pump dan peralatan penyusuan ibu ke pejabat setiap hari; atau
* ibu tidak mahu orang sekeliling memandang serong kerana anak ‘sudah besar’ masih menyusu badan.
* ibu sudah penat!!

Namun begitu ibu-ibu tidak perlu tergesa-gesa untuk menceraikan susu sebaik anak mencecah usia 2 tahun 1 hari! Proses bercerai susu memerlukan ‘persetujuan’ kedua-dua pihak iaitu ibu dan anak. Selalunya ibulah yang telah bersedia untuk memberhentikan penyusuan ibu tetapi jarang sekali anak yang telah menyusu selama 2 tahun itu menolak susu ibunya.

Memberhentikan penyusuan ibu boleh dilakukan secara perlahan-lahan.

* Beritahu anak bahawa dia ‘sudah besar’ dan boleh mula kurang menyusu
* Kurangkan sesi penyusuan sebaliknya gantikan dengan makanan pejal yang lebih mengenyangkan
* Habiskan stok susu (iaitu EBM) di dalam simpanan
* Tawarkan hanya direct feeding terutama pada waktu malam (proses menghentikan penyusuan malam adalah yang paling sukar!)
* Tawarkan susu ibu hanya apabila anak minta
* Tidak perlu memaksa anak minum susu formula sebagai ganti susu ibu. Jika anak tidak mahu tawarkan apa saja minuman yang berkhasiat seperti susu segar, minuman koko atau malt, fresh juice dan lain-lain
* Kekalkan hubungan akrab dengan anak seperti mendakap dan bermesra dengannya pada bila-bila masa

No comments:

Post a Comment