Friday, January 27, 2012

Peranan Hormon dalam Penghasilan Susu Ibu


Ada beberapa hormon penting yang terlibat dalam penghasilan susu ibu:

* Progesteron
* Estrogen
* Prolaktin
* Oksitosin

Penghasilan susu ibu bermula daripada peringkat mamogenesis (pembentukan dan kematangan kelenjar mamari), diikuti dengan laktogenesis (penghasilan dan pancutan susu ibu) dan seterusnya laktasi (pemberian/penyusuan susu ibu kepada bayi).

Empat hormon yang disenaraikan di atas memainkan peranan dalam ketiga-tiga fasa penyusuan ibu tersebut. Corak rembesan hormon-hormon ini merupakan suatu proses homeostasis yang mana pertambahan satu faktor akan memberi kesan (sama ada meningkatkan atau mengurangkan) rembesan hormon-hormon tersebut. Peningkatan dan pengurangan rembesan hormon-hormon ini seterusnya memberi kesan kepada kuantiti susu ibu yang dihasilkan.

Progesteron – penting semasa pembentukan dan kematangan kelenjar mamari, mempengaruhi saiz alveolus dan lobus di dalam payudara wanita hamil. Kandungannya berkurang apabila kelahiran berlaku.

Estrogen – juga merangsang perkembangan dan kematangan kelenjar mamari.

Prolaktin – merangsang penghasilan susu ibu.

Oksitosin – merangsang pancutan susu ibu, merangsang pengecutan uterus selepas kelahiran.

……………………………………………………………………………………

Nota: Satu contoh homeostasis yang mudah… kawalan air kencing oleh ginjal. Apabila cuaca panas, kandungan air dalam badan akan berkurang kerana dikeluarkan sebagai peluh. Kekurangan kandungan air dikesan oleh reseptor akan menyebabkan hormon ADH dirembeskan dengan banyak oleh kelenjar pituitari. Kehadiran hormon ADH yang banyak akan menambahkan ketelapan tubul ginjal terhadap air, maka air yang akan dibuang sebagai air kencing diserap semula ke dalam darah. Kesannya air kencing menjadi pekat kerana kandungan air di dalamnya kurang. Keadaan sebaliknya berlaku apabila cuaca sejuk, itulah sebabnya mengapa kita kerap kencing bila hari hujan.

No comments:

Post a Comment