Wednesday, January 18, 2012

PEMBENTUKAN JANTINA BAYI


Secara genetik, jantina bayi ditetapkan semasa proses ...persenyawaan tetapi semasa perkembangan awal embrio, semua embrio kelihatan sama.Semua embrio mempunyai kudup kecil atau bonjol. Ia dikenali sebagai benjol atau bonggol genital. Jika anda mengandung anak lelaki, testosteron mula dihasilkan seawal minggu ke-7, menggalakkan kudup itu membesar dan berkembang menjadi zakar dan skrotum.

Bagi perempuan, kudup itu akan menjadi clitoris dan labia.Ia adalah proses yang berlaku secara perlahan dan hanya pada minggu ke-11 barulah jelas perbezaan antara jantina. Menjelang tahap ini, semua bayi mempunyai sesuatu yang membonjol keluar. Bagi lelaki, ia menegak ke atas pada sudut lebih dari 30 darjah dari spina. Bagi perempuan, ia lebih mendatar dan selari dengan badan, pada sudut kurang dari 30 darjah.

Bagaimanapun ia sukar dilihat kecuali bayi berbaring dalam posisi yang senang dilihat dan ujian imbasan dilakukan oleh doktor pakar menggunakan mesin ultrasound yang canggih.

Sekiranya bayi sudah pandai berpusing dan melakukan pelbagai gerakan, bertambah sukar untuk mendapatkan gambar sudut yang sesuai melihat jantinanya termasuk mengesan sebarang ketidaksempurnaan pada jantina.

No comments:

Post a Comment