Saturday, May 19, 2012

3rd time ke klinik

Akhirnya, setelah berminggu-minggu qa'id selsema dan batuk, papa lembut hati dan bawa qa'id ke klinik jua. 17/5/12 khamis malam, papa bawa qa'id dan ibu ke klinik zalfah BBB. Lega lepas dapat jumpa doktor. 

Menurut doktor, qa'id sihat, peparu qa'id ok tapi disebabkan selsema qa'id dh tersangat lama maka doktor perlu bagi antibiotik. sebabnya doktor risau kalau ada jangkitan kuman. selain tu doktor bagi ubat batuk dan ubat selsema.

Balik dari klinik papa terus suruh ibu bagi qa'id minum ubat. malam tu qa'id tidur lewat. keesokannya, qa'id bangun lambat. semalaman qa'id tidur hanya sekali aje qa'id bangun nenen. betapa lenanya tidur qa'id penangan ubat batuk dan selsema. kesian anak ibu.

Hingga ke hari ni 19/5/12 sabtu, qa'id masih diberi ubat. tapi hidung qa'id tak lagi mengeluarkan hingus tapi banyak tahi hidung yang datang entah dari mana. bila korek, tak mahu keluar, qa'id plak meronta-ronta sambil tolak tangan ibu dengan sekuat hati. payah jadinya dan tahi hidung tu masuk balik ke dalam.

Hidung qa'id tersumbat menyebabkan qa'id sukar bernafas. tambah lagi dengan tahi hidung yang banyak bersawang dalam lubang hidung. suara qa'id kedengaran lemas aje. walaupun hingus dah tak keluar tapi kat dalam masih kedengaran hingus yang banyak dan pekat terutama bila qa'id bernafas semasa nenen dan lepas mandi. sok sek sok sek ....

No comments:

Post a Comment