Monday, May 7, 2012

Bengkak gusi

Ibu sebenarnya tak berapa sure samada qa'id betul-betul tengah bengkak gusi. Bila ibu intai gusi qa'id nampak macam ada benjol berwarna putih di luar dan di dalam gusi bawah. ibu tak tahu selalunya gigi bayi akan tumbuh yang atas atau bawah dahulu. Setahu ibu yang cetek pengetahuan tentang bayi ni, simptom bayi nak tumbuh gigi akan mengalami demam. But then hingga saat ini qa'id masih sihat lagi. Ada la beberapa ketika badan qa'id panas dan hangat. 

Selain dari itu, apa yang buat ibu syak qa'id bengkak gusi ialah, qa'id suka menggigit. Jari qa'id sendiri tu usah cakap la. Kalau dulu isap jari. Tapi sekarang qa'id gigit jari dengan kuat dan geram serta marah sekali. Siap ada bunyi GGGGGGRRRrrrrrrraammmmm. Dan kalau ibu riba qa'id sambil pegang tangan qa'id, pasti qa'id akak masukkan jari ibu ke dalam mulut. Qa'id akak gigit dan kunyah dengan sekuat hati. Jari ibu ni macam sedap sangat untuk digigit agaknya. So ibu biarkan aje sehingga qa'id lepaskan.

Ibu ada belikan qa'id teether. Beberapa sebenarnya untuk qa'id gigit. tapi qa'id lebih suka gigit jari ibu dan jari sendiri. Ada juga ibu dan papa belikan toys yang boleh qa'id gigit dan boleh mengeluarkan bunyi. Tapi qa'id still suka gigit jari ibu dan jari sendiri.

Nanti ibu snap picture toys dan teether qa'id dan upload dalam entry ni yer !! Sebelum tu ibu nak surf dan cari maklumat berkenaan bengkak gusi.

No comments:

Post a Comment