Monday, May 7, 2012

Menangis lagi

Kali ni qa'id menangis lagi. Sudah tantu bukan tangisan biasa. Sepanjang tidur malam qa'id akan berjaga dan menangis kuat. Bila ibu suakan nenen, qa'id tolak. Qa'id akan menangis lagi. Ibu picit lampin, hurmmmm macam dah penuh. So ibu bangun untuk tukarkan lampin qa'id. Qa'id tidur lena selepas itu.

Tak lama kemudian qa'id jaga lagi sambil menangis. Ibu buat macam tadi juga. Tapi takkan ibu nak tukar lampin lagi. Sudah tentu lampin tadi masih sedikit isinya. So ibu bangun dan peluk qa'id untuk tenangkan agar qa'id stop crying. begitu lah seterusnya. Sepanjang malam ada dalam 3 hingga 4 kali qa'id berjaga untuk menangis.

Semua ni berlaku sejak sabtu lalu 5/5/12 hingga la hari ini 7/5/12. Papa dan ibu syak yang qa'id tak selesa mungkin sebab bengkak gusi. Mungkin qa'id rasa sakit lalu menangis. Ibu tak cukup tidur dibuatnya tapi ibu tak kisah. Apapun selagi qa'id tak demam atau jatuh sakit, ibu tak risau sangat.

No comments:

Post a Comment