Tuesday, May 22, 2012

Conquer tilam

Semalam 21/5/12 isnin, ibu hanya berdua dengan qa'id sepagi dan sepetang. belah malam atuk, wan dan mak  usu ada. Papa qa'id ke kursus di kuantan, pahang selama seminggu. dan seminggu lagi di lumut, perak pulak. nampak gayanya 2 minggu ibu dan qa'id x jumpa papa. selalunya papa pegi keje pagi dan balik umah paling awal jam 12.30 tghr. selalunya lah jam 1.30 ptg tu dah boleh dengar bunyi moto papa. moto kecik tapi bunyi macam moto chopper. aduhaiii papa

sepanjang hari qa'id meragam. ibu tak dapat nak bezakan ragam qa'id sebab rindukan papa atau ragam biasa aje. orang tua kata, kalau tinggalkan anak kecil jangan kita rindu atau teringat kat mereka. nanti anak kecil akan meragam dan gelisah.

malam tadi qa'id tidur atas dada atuk. atuk dodoikan qa'id sehingga terlena. ibu angkat qa'id setelah qa'id berjaga tuk nenen. bila ibu bawa masuk ke bilik, qa'id x mahu lelap. sempat lagi ajak ibu main-main dengan qa'id tapi ibu tak layan sebab ibu tahu qa'id sebenarnya mamai. bergolek sana sini akhirnya qa'id terlelap juga akhirnya.

sepanjang qa'id tidur, ibu sempat la online dan update blog. lagipun ibu tak sleepy lagi. malam ni qa'id tidur sengsorang atas tilam. papa memang sah takde dan ibu plak duk ngadap lappy. sambil tu ibu perhatikan qa'id tidur. tilam queen size tu dikonker oleh qa'id sorang. tadi ibu tidurkan qa'id di tengah-tengah. qa'id bergolek ke tepi, pastu ketengah, ketepi pulak. betapa seronoknya qa'id menguasai tilam.

malam-malam sebelum ni, pusing kanan, tindih papa, pusing kiri tindih ibu. malam tadi qa'id dapat pusing ke mana sahaja qa'id nak. ibu hanya memantau qa'id tidur sambil ngadap lappy. ini aje la masa ibu dpt online. siang hari memang xde masa langsung. so, untuk elakkan kejadian yang tidak diingini, ibu letak bantal di setiap bahagian tepi tilam agar qa'id tak tergolek ke bawah.

No comments:

Post a Comment