Sunday, May 20, 2012

Pantang nampak

Qa'id sekarang sangat aktif. ibu dukung atau pegang atau riba, qa'id mesti tak duk diam. ada aje aktiviti yang dia nak buat. ada aje benda yang menarik perhatian dia. tangan asyik pukul-pukul dan hulur tangan nak capai benda. kalau berbaring, kaki duk mengayuh tak henti. kalau meniarap mesti bergolek kesana kemari. ibu betul-betul risau kalau nak tinggalkan qa'id sendirian walau pun seketika. 

kadang-kadang qa'id leka bermain toy yang ada padanya. tetiba bila qa'id ternampak sesuatu yang lain, ia akan menarik minat qa'id tuk mencapai benda tersebut. apa lagi, bergolek-golek, pusing-pusing, ke depan perlahan-lahan untuk capai benda tu. kalau tak dapat qa'id akan menangis.

Ahaa satu lagi yang paling tak tahan, pantang nampak ibu. tak kira la apa sekali pun, kalau qa'id nampak je kelibat ibu, sah qa'id akan merengek. nak ibu amik dia la tu. kalau ibu tak amik, qa'id tak senang duduk. menangis dan meronta. ibu amik je dia sengih senyum nakpak gusi. tapi kalau qa'id duk bertenggek dengan atuk, qa'id langsung tak pandang ibu. ibu duk depan mata pun qa'id tak layan.

No comments:

Post a Comment