Monday, May 14, 2012

Makanan bayi mengikut usia: Baru lahir hingga 6 bulan

Disebabkan qa'id dah nak masuk 6 bulan, dah tiba masanya qa'id diperkenalkan dengan makanan pejal. Ibu cari pelbagai maklumat berkenaan solid foods sebagai persiapan tuk ibu dan qa'id. so artikel di bawah ni ibu copy paste dari babycenter untuk rujukan dan pengetahuan bersama.

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusu badan secara eksklusif sehingga bayi anda berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak dapat memberikan nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, jadi makanan lain diperlukan.

Menunggu sehingga usia enam bulan untuk memperkenalkan pepejal ke dalam diet bayi anda akan membantu meminimakan risiko reaksi yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Anda harus lebih behati-hati, jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi sebab insiden reaksi buruk, alergi dan penyakit seliak (coeliac disease) akan berkurangan jika anda menangguhkan proses bercerai susu sehingga usia itu.

Jika anda merasakan yang bayi anda perlu mula mengambil pepejal sebelum usia enam bulan, berbincanglah dengan pakar pediatrik atau doktor anda dahulu. Ini amat penting terutamanya jika bayi anda telah dilahirkan pramatang. Namun, jika anda telah membuat keputusan untuk memberi pepejal sebelum dia berusia enam bulan, ingatlah bahawa ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, seperti makanan yang mengandungi gluten, telur, keju, produk tenusu, ikan dan kerang-kerangan dan kekacang. Bacalah mengenai masa terbaik untuk memperkenalkan pelbagai makanan untuk maklumat lanjut.

Pendorong lazim bagi memulakan proses bercerai susu ialah apabila bayi anda kelihatan masih lapar selepas menyusu dengan lengkap, dan dia mula bangun pada waktu malam walhal sebelum ini tidak, juga, penambahan berat badannya tidak segiat seperti dahulu. Bayi anda juga akan menunjuk minat terhadap makanan pejal yang dimakan oleh anda, di samping cuba mengambil makanan yang akan dimasukkannya ke dalam mulutnya.

No comments:

Post a Comment