Monday, May 14, 2012

Siang tidur malam berjaga

11/5/12 jumaat dan 12/5/12 sabtu ... dua hari berturut-turut qa'id terlelap selepas solat maghrib. Ibu rasa lega sebab qa'id tidur awal. So ibu boleh la buat keje-keje yang tertangguh. Tapi rupanya sekejap aje qa'id tidur. jam 10 malam dah bangun. Alamak, ni kalo dah bangun emang susah pulak la nak tidur semula. 

Hari pertama qa'id tidur selepas ibu solat maghrib. qa'id bangun jam 9.30 mlm. qa'id tidur semula jam 1 pagi. hari kedua qa'id tidur selepas ibu solat maghrib juga then qa'id jaga jam 10 mlm. qa'id tidur balik semula jam 3 pg. Ibu tak tahu la kenapa jadi macam tu. 

Atok dan wan dah marah-marah, diorang tak benarkan ibu tidurkan qa'id siang hari. sebab takut nanti malam tidur lewat. bila qa'i tidur lewat, pagi esoknya ibu yg lambat bangun. so mesti lah wan dan atuk tak suka. tapi apa boleh buat. kalau qa'id sleepy takkan ibu nak tahan plak. qa'id akan mengamuk sakan. 

Apapun ibu hanya tidurkan qa'id bila qa'id mengantuk. kalau tak mengantuk, ibu tak paksa qa'id tidur. kesian anak ibu. qa'id sekarang membesar dalam tidur. memang normal la tu bagi bayi macam qa'id. sebenarnya banyak lagi yang ibu tak tahu dan ibu perlu belajar.

No comments:

Post a Comment