Thursday, May 17, 2012

6 months

17/5/12 khamis. Hari ni genap sudah umur al-qa'id 6 bulan. syukur alhamdulillah. rasa macam sekejap aje masa berlalu. kalau sebelum ni ibu duk menghitung hari, cepat la umur qa'id 6 bulan. bila dah 6 bulan, ibu rasa mcm tak percaya pulak. 

Semalam 16/5/12 rabu, ibu bawa qa'id ke klinik sebab ada apmt check up tuk 6 bulan. kali ni papa teman. mcm2 usaha papa buat agar dapat teman ibu dan bawa qa'id ke klinik. terima kasih papa. jasa papa sangat dihargai. gerak ke klinik jam 10.30 pg. sampai ke klinik, orang ramai, so papa terus ke station myk tuk isi minyak keta. then papa terus drive ke bangi. "kita nak ke mana ni papa" ibu pelik. "kita beli barang qa'id dulu". ok jugak tu, beli kejap aje then terus ke klinik semula.

Di kedai manjaku, ibu beli satu cawan, satu bowl dan set spoon. semua yang ibu beli ni untuk qa'id. sebab qa'id dah boleh stat makan solid food. ibu sangat excited. walaupun bolej aje guna pinggan mangkuk kat umah tu, tapi ibu saje je nak beli asing tuk qa'id. so baru nampak proper sikit. huhuhu ... sayang anak, macam ni la, sanggup buat apa saja ... padahal anak tak tahu apa-apa dan tak kisah pun, asal dapat makan, apa ade hal !! maknya yang lebih-lebih !!! 

Selesai beli barang-barang qa'id, terus gerak ke klinik. sampai ke klinik jam 11.15 pg. masih ada ramai orang. bila tiba giliran qa'id, 1st thing yang kena buat ialah buka baju untuk ditimbang dan ukur panjang dan ukur lilit kepala. sewaktu buka baju, qa'id steady lagi. tapi bila papa angkat qa'id tuk letak dalam penimbang, qa'id stat menangis. bila dah stat menangis tu, kaki pun mula la mengayuh. nurse terpaksa amik masa tuk tengok jarum penimbang sebab qa'id taknak stop crying. kemudian tiba masa nk ukur panjang, ibu yang angkat qa'id. ibu rasa qa'id mungkin terkejut sebab tadi papa angkat dan letak qa'id dalam penimbang, kepala qa'id terhantuk. kesian anak ibu, ibu tahu papa tak sengaja.

Selesai 1st step, tunggu pula giliran untuk jumpa nurse bagi sesi temubual. yang ni xde masalah sangat. so ibu amik peluang tu untuk tanya macam-macam soalan mengenai makanan sesuai tuk bayi 6 bulan. maklumlah, ibu takde pengalaman. walaupun ibu baca artikel yang berkaitan, ibu juga perlu tanya orang yang sepatutnya seperti nurse. ibu pun ada tanya mak noor juga. tapi menurut nurse tadi nestum tak elok bagi pada bayi. sebab ianya mengandungi banyak gula. lama-kelamaan boleh menyebabkan jr diabetes. Hurrrmmmm baru ibu tahu. So nestum yang setin penuh tu membazir aje la jawabnya.

Kat sini ibu letak sedikit tentang hasil pemeriksaan qa'id kali ni .... 

Berat 6.8kg (naik sikit aje dr bulan lepas. sedih rasanya)
Tinggi/panjang 67cm (hairan sangat, camana leh turun dari bulan lepas????)
BMI 15 (graf dah normal balik semula)
Lilitan kepala 41cm (maintain)

Setiap kali check up, nurse lain-lain. so itu mungkin sebba kenapa result berbeza-beza. tapi boleh ke macam tu???

Perkembangan qa'id semuanya normal. Qa'id sudah boleh mengawal kepala, boleh meniarap dan menelentang, boleh menggenggam objek, mata boleh ikut pergerakan objek dan qa'id boleh bertindakbalas pada bunyi. So, next check up, papa mintak tukar pada hari lain sebab hari rabu clash dengan jadual papa. so check up qa'id adalah setiap hari khamis. next check up will be 14/6/12.

Balik dari check-up papa singgah ke kedai runcit untuk beli carrot dan cucur udang. carrot tuk qa'id, cucur udang tuk ibu dan papa makan. terus gerak balik umah. sampai umah ibu tuam paha qa'id yang kena suntik tadi. then ibu terus tidurkan qa'id sebab qa'id betul-betul sleepy.

Ibu harap sangat qa'id tak demam, terus sihat dan membesar dengan sebaiknya. Ibu dan papa sayang qa'id sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment