Saturday, May 19, 2012

5 months update

Masa qa'id 5 months ibu tak sempat nk update perkembangan qa'id. so kali ni ibu tulis semua sekali dalam satu entry aje.

Qa'id dah pandai meniarap dan menelentang sejak umur 4 bulan lagi. dah masuk 5 bulan qa'id dah guling-guling dengan cekap, bila ibu letak secara menelentang, qa'id akan meniarap. selalunya ibu letak qa'id secara meniarap dan letak toy yang ada muzik sebelah qaid. bila qa'id dengar bunyi, terus qa'id cari bunyi tersebut. qa'id akan meniarap dan  dan cuba mencapai mainan tersebut. ibu sengaja jauhkan mainan tu dari qa'id sebab ibu tahu qa'id akan sedaya upaya untuk capai mainan tersebut. kalau mainan tu ada di hadapan, qa'id akan bergerak ke depan perlahan-lahan. kalau mainan tu ada di belakang qa'id akan pusingkan badan serta berguling ke arah mainan tersebut. bila dah dapat mainan tersebut qa'id akan leka bermain. qa'id suka main mainan tersebut secara meniarap. kalau di usia 4 bulan, apa sahaja yang dapat kat tangan qa'id akan bawa masuk ke mulut. umur 5 bulan pun sama juga. dapat apa saje kat tangan qa'id bawa masuk ke mulut. pernah satu ketika, qa'id dapat kertas resit. ibu nampak qa'id leka duk telek dan tarik-tarik kertas tu. tapi ibu biarkan aje qa'id main-main. ibu plak leka duk buat kira-kira. tetiba papa keluarkan sesuatu dari mulut qa'id. terkejut beruk ibu bila tengok kertas resit keluar dari mulut qa'id. kertas tu dah hampir nak hancur qa'id kunyah. dari situ ibu lebih berhati-hati dan peka pada qa'id. agaknya qa'id dh tak sabar nak makan kot !! sebenarnya memang macam tu cara bayi mengenalpasti sesuatu.

Qa'id juga semakin peka dan sensitif pada bunyi dan pergerakan di sekelilingnya. kalau sebelum ni, panggil nama qa'id, qa'id mencari-cari siapa yang panggil namanya, qa'id akan tenung, perhatikan dan leka. sekarang qa'id semakin peka dan sensitif pada apa sahaja bunyi dan perbuatan di sekeliling. kalau sesuatu yang familiar, qa'id akan bagi tindakbalas cepat. kalau sesuatu tu unfamiliar, qa'id ambil masa sikit tuk bertindakbalas. beberapa hari lepas papa ada bawa balik 2 ekor anak kucing terbiar. qa'id sangat leka memerhatikan kucing tu. tak lama lepas tu qa'id hulur tangan dan sentuh kucing yang datang dekat. kalau qa'id leh pegang kucing tu, kompen dibawa masuk ke mulut untuk pemeriksaan dan kenalpasti.

selalunya jika ibu penat melayan qa'id dan buntu nak main apa lagi ngan qa'id, ibu akan baring dan letak qa'id atas perut ibu. kaki qa'id dibawah dan kepala serta dada qa'id berada di atas perut ibu. dalam keadaan macam ni qa'id suka angkat bontot tinggi-tinggi. qa'id akan tahan tangan pada perut ibu bagi membolehkan bontot qa'id terangkat. pastu mula la qa'id main sondol-sondol perut ibu. kalau qa'id boleh berpaut pada benda tinggi, maunye qa'id dah boleh berdiri. tapi qa'id belum stabil lagi tuk berdiri sendiri. kalau ibu pegang qa'id pun, qa'id masih tak mampu berdiri tegak. lutut dan kaki qa'id belum cukup kuat lagi.

ibu sangat suka aksi qa'id meniarap. sebab qa'id suka angkat dada tinggi tinggi macam orang buat senaman yoga. qa'id angkat kedua belah kaki dan tangan serentak macam gaya orang swimming. qa'id tahan badan dengan perut aje sambil kaki mengayuh dan tangan terkapai-kapai. dengan muka yang comel qa'id senyum dan sengih sorang-sorang. agaknya qa'id tengah berangan syok berenang atas daratan kot. itu belum lagi ibu bawa qa'id swimming. mesti qa'id suka punya.

Qa'id dah pandai duduk tapi masih belum stabil sepenuhnya. sekejap aje dia duduk dan ibu kena pegang qa'id. kalau tak qa'id akan jatuh. qa'id suka duduk dalam bath tub sewaktu ibu mandikan sambil dia tepuk-tepuk air dengan tangan. itu menunjukkan yang qa'id dah pandai main air. kalau dirikan dia dalam bath tub, kaki dia mula la melompat-lompat dalam air tu. suka benar qa'id main air. ternganga-nganga mulut qa'id bila dapat main air. qa'id tahu yang dia akan mandi dan dapat main air bila ibu mula buka baju atau seluar. qa'id dah terjerit-jerit kesukaan.

setiap kali ibu nak letakkan qa'id atas tilam atau lantai dalam keadaan meniarap, qa'id akan landing lutut dan tangan saja. so keadaan qa'id dalam keadaan merangkak. tapi sekejap aje, lepas tu qa'id akan meniarap normal. qa'id dah tak sabar sebenarnya tu untuk merangkak. bila ibu letak secara menelentang qa'id akan menangis. sebab qa'id tahu yang ibu akan tinggalkan dia sekejap.

shower time adalah waktu yang sangat menyeronokkan. ibu akan bentang kain batik atas tilam dan letak qa'id atas kain batik tu. qa'id dah faham apa yang akan berlaku seterusnya. sepanjang masa tu la qa'id tersengih macam kerang busuk. kaki duk mengayuh tak henti-henti, tangan tak duk diam, terkapai-kapai tak sabar nak suh ibu angkat dia. bila buka butang baju atau seluar, dia dah faham. bila badan dah bogel tinggal pampers aje, qa'id tak sabar-sabar kopek pampers suh ibu buka cepat-cepat. bila ibu angkat qa'id tuk masuk ke bilik air, kaki qa'id tak henti-henti mengayuh. letak aje dalam sinki atau lantai bilik air, qa'id melompat-lompat gembira. bila air dah sampai ke badan qa'id tahan nafas ksejukan. sepanjang mandi tu la qa'id tersngih, senyum dan menjerit-jerit gembira.

Qa'id dah bijak berkomunikasi dan tunjuk emosinya. setiap masa sebut ma ma. ibu tak pernah ajar pun qa'id sebut ma ma. qa'id sendiri yang sebut. sebelum ni ada juga qa'id sebut pa pa. kebetulan ibu sempat rakam pada hari pertama qa'id pandai sebut ma ma. dan selepas tu qa'id ulang sebutan tu. yang buat rasa terharu, bila orang lain dukung qa'id, dan qa'id tetiba ternampak ibu, qa'id terus merengek dan sebut ma ma. qa'id dh mula tak selesa berada dalam dukungan orang tu. so terpaksa la ibu ambil qa'id. kalau ibu buat tak tahu, qa'id akan menangis. ada masa nya bila ibu terpaksa letak qa'id berbaring atas tilam sebab ibu nak ke bilik air. qa'id terus aje menangis dan sebut ma ma ma ma. ibu hilang dari pandangan, tangisan qa'id makin kuat. mata qa'id memang tak lari dari memandang pintu bilik air sambil ma ma ma ma. ibu keluar aje dr bilik air, qa'id masih ma ma ma ma lagi. qa'id tengah leka bermain dengan atuk dan wan, tapi bila nampak aje ibu, qa'id akan ma ma ma ma. apa sahaja ma ma ma ma. menangis aje ma ma ma ma. ma ma ma ma aje menangis. bila dh besar sikit baru ibu ajar qa'id sebut IBU. sekarang ni mmg qa'id pandai sebut ma ma aje. nanti pelan-pelan, qa'id akan pandai sebut perkataan lain pula.

Selain dari menangis tuk tarik perhatian ibu, qa'id bijak tunjuk emosi geram, marah, tak selesa dan bosan. kalau geram, qa'id akan gigit bibir bawah dan genggam kedua belah tangan sambil ketap gigi kuat-kuat. muka berkerut-kerut bila geram dan marah. kalau tak selesa, qa'id akan menggeliat, menendang dan tolak dengan tangan sekuat hati. sama juga bila bosan. qa'id akan merengek dan menggelupur. setiap kali waktu makan, ibu akan riba qa'id sambil makan. qa'id akan perhatikan setiap tingkahlaku ibu dengan penuh minat. pergerakan tangan, mulut serta apa sahaja perbuatan ibu, qa'id perhatikan. mulut qa'id bergerak-gerak seolah-olah tengah makan dan mengunyah makanan. tangan qa'id pun sama akan turut bergerak ke sana sini tuk mencapai. air liur qa'id turut meleleh. kesian pulak nengoknya..

Ibu dan papa ada belikan beberapa teether untuk qa'id. qa'id dah boleh pegang dan gigit teether. tapi qa'id lebih suka gigit dan hisap jari ibu. ibu ada juga belikan beberapa toys tuk qa'id main. toys tu pun qa'id jadikan teether. semua benda qa'id masukkan ke mulut dan gigit dengan geramnya.

Selebihnya qa'id suka membebel sorang-sorang. qa'id juga cepat terganggu dan teralih perhatian. qa'id sangat aktif dan tak reti duk diam. ibu dukung, qa'id boleh panjat ibu, tarik itu tarik ini pastu masuk ke mulut, lompat-lompat, pusing-pusing, tunduk, menggelungsur dan macam-macam gaya lagi. bila nak nene aje, qa'id buat suara manja. bila ibu geletek, bukan main lagi geli geleman. qa'id akan diam dan sgt suka bila diurut. Ibu turu perasan qa'id lebih suka guna tangan kiri berbanding tangan kanan. boleh dikatakan tangan kiri lebih aktif dan kuat. selalunya qa'id akan pukul-pukul ibu dengan tangan kiri. kalau ibu hulurkan toy, qa'id akan hulur tangan kiri dulu untuk capai toy dati tangan ibu. tapi ibu akan berikan toy pada tangan kanan qa'id. ibu risau qa'id jadi kidal. boleh ke???






No comments:

Post a Comment