Sunday, May 6, 2012

Aktiviti yang tidak dirancang

Petang semalam 5/5/12 sabtu, buat pertama kalinya papa tolong ibu basuhkan berak qa'id. 2 hari sebelum tu ibu ada tunjukkan cara-cara nak mandikan qa'id dalam sinki. sebelum ni papa pernah tengok ibu mandikan qa'id dalam bath tub. so papa sebenarnya dah boleh buat, cuma papa takut dan belum bersedia. 

Semalam ibu push papa, so papa dengan paksarela buat sume tu. ibu takde niat apa pun cuma ibu lebih suka kalau ibu takde nanti, papa boleh uruskan qa'id. papa dah pandai pakaikan baju, tukar pampers qa'id. so bila dah pandai basuh berak dan mandikan qa'id itu bermakna papa dah khatam. mana tahu suatu hari nanti, pape berlaku pada ibu, papa boleh buat sume tu dengan sebaik mungkin. tambahan pula, rutin yang macam tu la boleh mengeratkan hubungan papa dan qa'id.

Alkisahnya semalam, ibu hanya minta papa basuhkan berak qa'id je. bila ibu masuk bilik, ibu tengok papa dah masukkan qa'id dalam bath tub. rupanya papa terus mandikan qa'id. waktu tu dalam kul 5 petang. so masih awal sangat papa mandikan qa'id. ibu tak kisah pun. So ibu pakaikan baju qa'id dan setelah siap sume ibu bagi qa'id pada papa. papa bawa qa'id keluar ke ruang tamu. ibu plak kemaskan kain, bedak, minyak yuyi, sidai towel qa'id dan buang air mandian dalam bath tub tadi.

Bila ibu keluar, papa dengan qa'id ada di luar rumah, kat anjung. so ibu riba qa'id then borak dengan qa'id. Ibu cakap "qa'id suh la papa bawa pegi jenjalan. dah lama qa'id tak jenjalan". Then papa tanya. "nak pegi mana?" Ibu jawab "depan ni aje, bawa qa'id naik stroller, jenjalan sekitar rumah" papa diam, tetiba papa cakap "ibu pegi siap cepat, kita pegi putrajaya, kat tempat papa pegi fishing tempohari". Excited ibu mendengarnya ..... berdesup ibu pegi bersiap ala kadar aje ... nak pegi jenjalan kat taman je pun. Tak perlu make up dan dressing bagai. hehhehe

Ibu dah siap ..... alamak ada orang datang la. Rupanya Tok Mi datang. Ada kad kawin untuk Atuk dan Pak Ngah. Tok Mi minta nak dukung qa'id, tapi tak lama lepas tu qa'id nak menangis. Mungkin qa'id tak kenal lagi dan tak selesa dengan orang yang tak biasa. Padahal Tok Mi bukan orang asing pun. Apa la Qa'id ni .... 

Lepas Tok Mi balik, terus kita keluar. Papa bawa ibu dan qa'id pegi Taman Rekreasi Wetland Putrajaya. Ramai orang kat sana rupanya. Macam biasa la kalau taman rekreasi, mesti ada family ramai-ramai, bentang tikar, hidang makanan, kanak-kanak, berkelah, couple sana sini. Aktiviti kat situ boleh memancing tanpa dikenakan bayaran. Yang menarik minat ibu ialah aktiviti kayak. 

Papa pada mulanya nak fishing tapi bila sampai sana, papa baru perasan yang umpan xde. rupanya pak ngah dah pau dulu umpan papa. Huuurrrmmmm x dapat la kita teman dan tengok papa fishing. Tengok orang lain fishing aje la jawabnya. Sambil tu ibu snap picture qa'id dan papa. Gambar kita bertiga takde. huhuhuhu ....

Sebelum kul 7 ptg ibu dah ajak papa balik. Tak elok balik lewat, nanti banyak gangguan. Lebih-lebih lagi bawa anak kecil jenjalan di waktu senja. Ibu seronok sangat dapat bawa qa'id keluar bersiar-siar bersama papa. Walaupun semua tanpa perancangan awal tapi ibu tak kisah. Kadang-kadang merancang bagai tapi end of the day canceled. Apapun thank you papa. We love you so much !!! nanti kita datang lagi, tapi next time nak tengok papa fishing plak lah ye !!!

No comments:

Post a Comment