Tuesday, May 8, 2012

Merajuk dan mengamuk serta marah

Awal pagi tadi 8/5/12 selasa qa'id mengamuk sebab merajuk. Ibu tak tahan nak ke toilet sangat-sangat. so ibu dengan sengaja tarik nipple dari mulut qa'id. waktu tu qa'id tengah nenen sambil tidur. Ibu terpaksa buat macam tu. kalau tak lama lagi ibu kena bertahan, qa'id pun lama lagi nak lepaskan nenen. 

Bila ibu tarik nenen dari mulut qa'id secara paksa, of course la qa'id terkejut dan tak suka lantas menangis. ibu bergegas ke toilet melepaskan hajat. ibu dapat dengar qa'id menangis, harapnya papa dapat tenangkan qa'id. ibu tak pasti waktu itu jam berapa. kalau tak silap mungkin sekitar jam 1 pagi.

Keluar je dari toilet qa'id menangis kuat, teresak-esak dan marah sekali. papa kat sebelah dah tutup telinga dengan bantal. ibu cuba pujuk qa'id dengan baring di sebelah tuk sambung nenen tadi tapi qa'id dah merajuk. ibu tepuk-tepuk bontot qa'id tapi masih tak mahu stop crying. dah memang sah qa'id marah dan merajuk.

Ibu angkat qa'id, peluk qa'id dan gosok belakang tuk tenangkan qa'id. ibu mundar mandir dalam bilik sambil dukung qa'id. ibu tepuk-tepuk belakang dan gosok-gosok belakang qa'id sambil pujuk qa'id. ibu minta maaf berkali-kali dan minta qa'id jangan nangis lagi. sepuluh minit kemudian baru lah qa'id benti menangis. lega sangat rasanya.

Ibu terus baringkan qa'id dan sambung nenen semula. qa'id terus aje nenen dengan tangisan yang masih bersisa. sok sek sok sek bunyi qa'id bernafas penuh hingus sambil nenen. qa'id terlelap tak lama kemudian. ibu masih lagi tepuk-tepuk dan gosok-gosok bontot dan belakang qa'id. kesian anak ibu, ibu sayangkan qa'id sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment