Monday, May 14, 2012

Lagi 2 hari .....

Hari ni 14/5/12 isnin, baby qa'id berusia 5 bulan 3 minggu 6 hari. 17/5/12 khamis nanti genap lah umur baby qa'id 6 bulan. Hari demi hari anak ibu makin membesar. Pejam celik pejam celik, dah 6 bulan usia anak ibu.

Qa'id mungkin takde rasa apa-apa tapi ibu yang kalut menghitung hari. Ibu sangat excited sebenarnya lebih-lebih lagi bila qa'id dah nak masuk 6 bulan ni. 6 bulan maknanya qa'id dah melepasi satu fasa penting iaitu ibu telah berjaya memberikan eksklusif breastfeeding pada qa'id. Dan 6 bulan juga qa'id dah boleh diperkenalkan dengan solid foods. Anyway ibu sangat bersyukur kehadrat Ilahi atas segala kurniaan-Nya buat ibu dan Qa'id. Syukur alhamdulillah Ya Allah.

16/5/12 rabu nanti ibu akan bawa qa'id ke klinik untuk check up 6 bulan. Setiap kali bawa qa'id check up, ibu akan risau dan takut. Perkembangan qa'id begitu sempurna sekali setakat ini. Semuanya positif dan memberangsangkan. walaubagaimanapun ibu tetap rasa seperti ada kekurangan. Apapun ibu sangat gembira dan bahagia melihat sendiri qa'id membesar depan mata dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Sekarang ibu excited untuk memberikan makanan pejal pada qa'id.

Walaupun ibu happy tapi ibu tetap rasa risau dan takut. Ibu cuba sebaik mungkin untuk persiapkan diri untuk memenuhi segala keperluan qa'id. Ibu memang tiada pengalaman membesarkan baby malah tidak pernah melihat bagaimana baby dibesarkan. Sekarang ibu perlu memberikan qa'id makanan pejal, jadi ibu sangat bimbang. Ibu mencari sebanyak mungkin maklumat tentang pemakanan dan diet baby sebagai persiapan. Ibu harap sangat semuanya dipermudahkan. 

No comments:

Post a Comment