Monday, May 7, 2012

Batuk dan selsema

Semalam 6/5/12 ahad, qa'id sihat walafiat. cuma meragam aje la. tu dah biasa bila qa'id tak selesa. belah malam nye ibu perasan hidung qa'id berair. huuurrmmmm ni mesti berjangkit dari wan dia. sebab tak sihat setelah balik dari kelantan. 

Hari ni hidung qa'id berair. banyak hingus dalam hidung. lepas mandi ibu cuba keluarkan hingus dalam hidung qa'id menggunakan cotton bud. pagi sekali dan petang sekali. kesian anak ibu, nak bernafas pun susah. bila nangis lagi la banyak hingus terhasil. harap-harap esok qa'id tak selsema lagi.

Sejak rabu lalu 2/5/12, ibu perasan qa'id start batuk-batuk. mulanya ibu sangkakn yang qa'id batuk manja atau batuk mengada. tapi makan hari qa'id makin kerap batuk. hingga ke hari ni isnin 7/5/12 qa'id sering batuk. sehari lebih dari 5 kali. sekali batuk 5 ke 6 kali berturut-turut. bila ibu ngadu kat papa, papa kata qa'id gatal tekak. tapi ibu dengar macam batuk kering. 

Tengah tidur pun qa'id batuk juga. sejak kebelakangan ni qa'id kerap menangis hingga serak. mungkin disebabkan itu juga qa'id sering batuk sebab tekak rasa tak selesa. moga keadaan ni sementara saja. ibu sangat risau kalau jadi makin serius. harap nye qa'id cepat sembuh dari selsema dan batuk.

No comments:

Post a Comment