Tuesday, May 8, 2012

Qa'id dan lampu suluh papa

Ibu ada terbaca satu artikel dalam babycenter tentang kaedah bermain bersama bayi dengan menggunakan lampu suluh. tapi ibu tak berkesempatan untuk buat apa yang diberitahu. satu malam tu, ibu ke bilik air untuk gosok gigi dan cuci muka sebelum tidur. ibu tinggalkan qaid sendirian atas tilam. sewaktu ibu nak tinggalkan qa'id memang qa'id akan menangis. sewaktu ibu tengah gosok gigi, tetiba qa'id senyap. ibu cepat-cepat kumur untuk intai qa'id. risau kalau berlaku apa-apa pada qa'id sebab tetiba aje senyap. rupanya bila aje keluar dari bilik air, ibu nampak papa sedang nyalakan lampu suluh ke dinding. qa'id waktu tu tengah teruja tengok cahaya lampu suluh. papa gerakkan cahaya lampu suluh dan qa'id ikut ke mana sahaja cahaya lampu tu digerakkan. sungguh bijak anak ibu ni. perkembangan qa'id kadang-kadang buat ibu tak terkejar. ibu kadang tak tahu camana nak tahu perkembangan qa'id sebab ibu masih belajar tapi qa'id sebaliknya banyak mengajar ibu. bila ibu baca artikel tentang bayi, kesempatan pula takde untuk praktikan. qa'id mendahului ibu dalam banyak perkara.

No comments:

Post a Comment