Friday, May 25, 2012

6 months, 1 week and 1 day

Hari ni 25/5/12 jumaat, genaplah umur qa'id 6 bulan 1 minggu 1 hari. So far so good.

Sejak qa'id dah boleh makan solid food ni, ibu tercari-cari menu yang sesuai untuk qa'id. ibu mahu anak ibu mendapat makanan yang berkhasiat. setakat hari ini ibu beri qa'id makan bubur nasi yang diblend dengan carrot dan brokoli. ibu beri qa'id makan sekali sehari, kadang 2 kali sehari. menu bubur nasi tu takde la sedap sangat pun bagi ibu, rasa tawar dan cair. tapi bagi qa'id itu sudah cukup sedap sebab qa'id makan dengan berselera.

Ibu beri qa'id makan dengan shringe sebab qa'id tak pandai makan dengan sudu. ibu suap qa'id dengan sudu, qa'id akan sembur sebelum qa'id masukkan dalam mulut. habis tumpah bubur atas baju qa'id. kalau makan dengan shringe, ibu boleh tahu kuantiti yang masuk ke dalam perut qa'id. bila dah kenyang qa'id akan tutup mulut rapat-rapat. kadang tu qa'id akan mula mengalih perhatian bila dah kenyang. selalunya qa'id akan makan 5ml. kalau bagi makan guna sudu, belum tentu cecah 5ml. 

Lepas ni ibu nak campur apa plak lagi ke dalam bubur nasi qa'id. buntu dibuatnya. padahal banyak je boleh buat. kalau boleh nak buat semua serentak. ibu yang tak sabar nampaknya !!


Seminggu pertama ibu bagi bubur nasi dicampur dengan carrot


Minggu kedua ibu buatkan bubur nasi campur brokoli


Next time ibu tak mahu campur brokoli lagi sebab bau brokoli busuk. rasa dia pun semacam. next time kena tambah protin dalam bubur. huurrmmmm apa yang best yer??

No comments:

Post a Comment