Friday, March 30, 2012

2 AM

aku x tahu kenapa dan apa masalah dengan qa'id mlm td. balik dr umah maknoor, mcm biasa papa akan main2 dgn qa'id sementara aku mandi dan solat. 

then aku bersihkan badan qa'id, tukar lampin, susukan qa'id sambil baring... aku terlelap dan qa'id pun terlelap jugak agaknya. dlm kul 9 mlm br terjaga sb qa'id kejutkan aku....

aku bw qa'id keluar ke ruang tamu, yah duk main2 dengan qa'id. x lama lepas tu papa masuk umah and dukung qa'id bawa keluar ... kawan2 papa dtg tuk food testing katanya ... aku kat dapur masak... lapar pulak

aku duk masak kat dapur, qa'id duk main dgn yah. lepas makan aku bawa qa'id masuk bilik tuk tidurkan. qa'id terlelap ... aku plak keluar umah cr handpon dlm keta. tp tetiba terdengar bunyi baby menangis. rupanya qa'id dh terjaga... aduhai, x sampai setengah jam bby lelap. 

aku berlari ke bilik tuk dodoi qa'id tp dia xmau lelap dh. dh lewat mlm tp qa'id masih x mahu tidur. simptom mengantuk mmg dh ada. papa masuk bilik, layan qa'id sbb aku dh penat and letih sgt... aku solat isyak dan bersiap tuk tidurkan bby...

dlm kul 12 lbh papa tgk video eksiden di desa pinggiran. aku pun tgk sama, dengan qa'id atas riba. lepas tgk tu, aku cuba tidurkan qa'id, mmg xde harapan la jawabnya. susukan qa'id kiri then kanan then kiri then kanan tp qaid mengamuk dan menagis kuat. 

aku minta papa bw masuk buaian ke dlm bilik, letakkan qa'id dlm buaian, lg la qa'id mengamuk, keraskan badan. papa dh tensen ... capai tuala terus masuk bilik air... mandi . aku angkat qa'id dr buaian, dukung bby bacakan ayat qursi dan selawat syifa hingga bby berhenti menangis.... 

bila dh reda, aku baringkan baby sambil susukan. kejap aje qa'id dh lena. aku lega sgt .... aku x sedar bila aku terlelap. pg td terkejut bunyi alarm phone .... mengantuk yg amat ... nk buka mata pun susah... 

pg td terpaksa kejutkan qa'id, sebab nk anta bby ke umah maknoor... dlm keta, bby mamai dan tetiba terlelap ... kesian sangat qa'id ... bby sangat penat dan x cukup tidur ... mengantuk sgt tu yg terlena dlm keta.

br td aku teringat kejadian semalam ... and terus call maknoor ... tanya keadaan qa'id. maknoor kata qa'id tidur dr aku hantar dia hingga la sekarang. aku pun ceritakan la apa yg berlaku mlm td. maknoor kata mungkin ada gangguan.... bby senang tidur kalau mengantuk, walaupun dia xde menunjukkan simptom gangguan tu, tp kalau dh jam 2 pg br tidur and lepas baca ayat quran br senyap, tu maknanya ada la sesuatu yg mengganggu. baby nk cakap x pandai lg, so menangis aje la. 

aku plak xde pengalaman, atuk dan wan plak xde, lagi la haru... papa???? hurrmmmmm. tu pun nasib baik papa ada, kalau papa xde, mau aku menangis sama ngan bby. so apa yg mengganggu qa'id aku x pasti, xnak meneka apa2. cuma kejadian ini akan aku jadikan pengalaman dan pengajaran.






No comments:

Post a Comment