Thursday, March 15, 2012

TIPS SI COMEL TIDUR LENA

TIPS SI COMEL TIDUR LENA

*Urutan tubuh.

Anda urutlah bayi anda dengan urutan asas dimana anda haruslah mengurutnya di seluruh bahagian tubuhnya bermula dari bahagian kaki, tangan dan badan si manja. Tahukan anda dengan urutan sebenarnya anda mampu membuatkan bayi anda tidur dengan lebih lena lagi. Saranan Suri adalah baik sekiranya anda lakukan urutan tersebut selepas bayi anda selesai mandi pagi atau petang.

*Mendodoikan bayi dengan lembut.

Pada dasarnya bayi anda akan lebih selesa apabila berada dalam dakapan si ibunya. Mengapa kerana bayi anda akan berasa selamat untuk seketika waktu.

*Dukung pada bahu.

Bayi akan meresa lebih selamat dan selesa sekiranya di dukungkan dengan cara begini kerana ia dapat mendengar alauna lagu yang anda nyanyikan kepadanya. Disamping itu bayi anda juga akan dapat melihat benda-benda yang berada di sekelilingnya dengan lebih jelas lagi. Lama – kelamaan si bayi akan tidur degan sendirinya. ;)

*Tepuk manja. (si manja sedang tidur mengiring)

Tepuklah punggu bayi anda secara perlahan-lahan dengan lembut secara berirama kerana dengan cara ini bayi anda akan berasa lega. Tapi ingat ketika bayi anda telah tidur maka anda haruslah berhentikan diri anda dari terus menepuk si manja.

Balutan.

Apabila bayi anda suda lena tidur, makan anda ambillah waktu tersebut untuk membalutkan bayi anda dengan selimut yang sedikit nipis. Pastikan balutan tersebut tidak terlalu kuat dan ketat. Tahukan anda dengan cara ini akan membuatkan bayi anda tidur dalam keadaan selamat di samping dapat membantunya tidur denga lebih lama lagi tanpa sebarang ganguan terserentak dari tidurnya.

*Tetapkan waktu tidur.

Biasakan bayi atau si manja anda tidur pada satu-satu masa yang di tetapkan. Supaya bayi anda akan mudah merasa mengatuk tika waktu tidurnya sudah tiba.

*Pencahayaan.

Bayi tidak suka tidur dalam keadaan terlalu terang – benderang. Akan tetapi bayi lebih suka tidur pada kedaan pencahayaan yang suram. Cara ini memudahkan bayi anda tidur dengan lena sambil diiringi muzik zikir yang melembutkan. Insyallah bayi anda akan tidur dengan sebaiknya. Pencahayan juga perlu supaya kita sebagai ibu bapa akan dapat mengawasi kedaan bayi dengan lebih baik lagi.

*Beri Bayi anda makan awal.

Tahukah anda bayi anda akan dapat tidur dengan lenanya sekiranya makanan yang anda berikan kepadanya mencukupi. Ini akan mengurangkan peningkatan bayi anda untuk terjaga semula dari tidurnya

No comments:

Post a Comment