Thursday, March 1, 2012

RUAM LAMPIN

RUAM LAMPIN

Ini adalah keadaan di mana kulit bayi, terutamanya pada bahagian punggung, kemaluan, selangkang dan bahagian dalam peha, menjadi merah dan mengalami keradangan. Kulit bayi adalah sangat sensitif dan jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh beransur menjadi luka merah dan boleh mendapat jangkitan.



Gejala-gejala

* Tompokan kasar dan merah pada bahagian punggung, kemaluan, selangkang dan peha.
*Lepuhan
*Luka kemerahan

Komplikasi

*Jangkitan bakteria dan kulat pada ruam.
*Jangkitan salur kencing.
*Ruam alahan kulit (Ekzema)

Punca-punca

Iritasi kulit disebabkan oleh
*Sentuhan berpanjangan dengan lampin yang basah dan najis.
*Sabun yang tidak dibasuh keluar sepenuhnya selepas mandi.
*Perubahan dalam pemakanan bayi yangmenyebabkan kencing dan najis lebih mengiritasi
kulit.
*Alahan atau iritan sentuhan pada ruangan dalaman lampin.

Penjagaan kendiri

*Tukar lampin bayi dengan lebih kerap.
*Sapukan krim penghadang pada bahagian yang cenderung setiap kali lampin ditukar.
*Biarkan bahagian sulit terdedah selama yang mungkin.
*Gunakan lampin berkualiti baik yang memastikan punggung bayi senantiasa kering.
*Runding dengan doktor jika ruam menjadi lebih teruk atau tidak sembuh.
*Sapukan krim penghadang sebanyak yang mungkin.
*Jangan guna lampin selama yang mungkin.
*Jangan gunakan seluar plastik.

Rutin penukaran lampin

*Cuci punggung bayi dengan bebola kapas. Guna sabun yang tidak berminyak wangi.
*Tepuk kering dan biarkan terdedah sehingga kering.
*Guna krim penghadang ataupun krim perlindungan.
*Bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta.
*Jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari.
*Ambil langkah-langkah untuk mencegah berlakunya ruam lampin dari merawatnya

No comments:

Post a Comment