Tuesday, March 13, 2012

Chewing tongue

semasa kenduri di rumah paklong ahad lepas (11 mac 2012) mak ayeh (mak kawan kanda) ni tegur, anak kamu ni lapar. aku senyum aje. tidak bermaksud apa-apa dengan senyuman tu. tp kemudian, dia ulang lagi ayat yang sama. dan bila kali ketiga dia ulang ayat yang sama, aku jd weird.

rasanya setengah jam yang lalu aku feeding baby dan kemudian qa'id terlelap. aku tunggu sehingga qa'id jaga. dlm 15 minit kemudian qa'id terjaga dan aku segera angkat and bawa keluar. so aku rasa qa'id masih kenyang. namun selepas setengah jam mak cik tu beredar, aku segera feeding baby.

aku mecari punca kepada persoalan makcik tu td dan menemui jawapan. rupanya makcik tu nampak qa'id duk mengunyah-ngunyah. sebenarnya qa'id sedang mengunyah lidah. qa'id geselkan lidah pada gusi nampak macam baby mengunyah, dan mulut qa'id betul2 macam tengah makan dan mengunyah... siap dengan bunyi cup cap lg. 

aku tak pasti kenapa qa'id buat macam tu, maknoor kata qa'id gatal gusi ... so nk kena beli teether tuk qa'id gigit. balik kampung bulan lepas papa ada belikan qa'id teether, tp aku dh rosakkan teether tu. aku belum berkesempatan lg nk ganti dengan yang baru.

aku dh lama perasan perlakuan qa'id ni ... tp aku biarkan aje. sama juga bila air liur bby meleleh, aku hanya biarkan aje qa'id main air liur sambil aku lap air liur tu... kadang2 qa'id menyembur air liur dia.

kata org bila baby menyembur air liur, rambut ibu akan gugur. so aku sedang mengalaminya. mmg banyak rambut aku gugur. tp aku x tahu pula kaitan semua ni secara saintifik. yg aku tahu drpd pembacaan, air liur baby keluar banyak sebab sekarang hormon dlm bdn baby sedang memproses air liur. ada yg mengatakan sewaktu ibu mengandung dulu tak dapat benda yg diidamkan. ada juga yang kata murah rezeki kalau anak meleleh air liur. hurrrmmmmm apa-apa je la, yg penting semua tu adalah normal!

berbalik pada perlakuan qa'id yg mengunyah lidah td, rasanya tidak ada apa yg perlu dibimbangkan. sebab aku akan feeding baby sehingga qa'id kenyang. InsyaAllah !! mungkin sekarang qa'id gatal gusi atau tengah bermain lidah dan explore deria rasa.



 


No comments:

Post a Comment