Thursday, March 1, 2012

Masalah Bayi Baru Lahir Dan Cara Mengatasi

Masalah Bayi Baru Lahir Dan Cara Mengatasi

Ibubapa mesti prihatin terhadap tahap kesihatan anak-anaknya. Hanya melalui sikap keprihatinan dan pemerhatian yang bersungguh-sungguh, masalah berkaitan bayi yang baru lahir dapat dikawal.

Bayi Tidak Dapat Menyusu
Sekiranya bayi tidak dapat menyusu, sila pastikan apakah sebabnya. Bayi yang sumbing lelangitnya mungkin tidak dapat menelan dengan baik, maka doktor akan menunjukkan cara penyusuan yang berkesan. Kemudian, pembedahan yang sesuai dibuat bagi menutup lelangit atau bibir yang sumbing. Bayi yang terlalu lemah juga kerap tidur dan enggan menyusu.

Pemeriksaan darah, penentuan gula dalam darah dan tube feeding (penyusuan menggunakan tiub) perlu dibuat di 'Special Child Nursery' yang ditubuhkan di hospital-hospital).

Jangan Disangka Bayi Yang Terlampau Tidur Itu Sihat.
Biasanya, tidur yang melampau berlaku kerana bayi lemah dan kurang gula dalam darahnya.

Bayi Tidak Henti-Henti Menangis
Jika berhentipun, ia hanya berlaku apabila bayi kepenatan dan perutnya sakit. Mungkin perutnya menjadi kembung kerana terlalu banyak angin dalam ususnya. Colic atau penghadaman yang tidak sempurna juga membolehkan kembung. Terjadi juga keadaan usus terbelit atau tertusuk (Intusseption). Ini merupakan keadaan yang kritikal dan memerlukan perhatian yang serius.

Muntah (Regurgitasi)
Kenapa bayi mudah muntah? Saluran tekak bayi amat pendek. Jadi perut yang penuh menyebabkan makanan ditolak semula ke atas. Apabila bayi membesar, saluran itu menjadi semakin panjang dan bayi tidak lagi mudah muntah. Saiz perut bayi adalah kecil. Apabila bayi menyusu dengan cepat, perut tidak dapat mengembang secara selari dan tekanan dalam perut meningkat. Keadaan ini menyebabkan bayi muntah.

Bayi baru lahir mempunyai sistem pencernaan dan ususnya bekerja dengan lambat. jika terdapat banyak saki-baki makanan lama, maka bayi akan memuntahkan makanan yang baru diberikan.

Najis Berdarah
Jika bayi buang air besar bercampur darah dan muntah, segeralah bawa berjumpa doktor untuk mengelakkan masalah dalam perut yang lebih serius.


Bayi Tidak Kencing
Ini menunjukkan bayi mengalami dehidrasi (kurang cecair dalam tubuh). Sekiranya tidak cukup air, bayi tidak kencing, menjadi resah dan menangis tanpa air mata. Ia cukup berbahaya kerana boleh merosakkan buah pinggang bayi.

Tali Pusat Yang Sihat Tidak Berbau, Kering Dan Jatuh Dengan Sendiri. Cuci Tali Pusat Yang Dibekalkan.

Bagi bayi lelaki, ada kalanya zakar tidak berada di dalam kerandut zakar. Zakar mungkin terhalang oleh tisu-tisu lain. Sekiranya ini berlaku jangan biarkan lagi kerana ia akan menyebabkan kerosakan zakar dan kemandulan apabila ia dewasa. Bawalah berjumpa doktor untuk berbincang cara mengatasinya.

Tanda-Tanda Bahaya Pada Bayi

*Berterusan menangis dan sukar berhenti.
*Terlalu banyak tidur dan enggan bangun.
*Berat badan tidak bertambah atau makin berkurangan selepas 2 minggu.
*Buang air besar bercampur darah.
*Tidak kencing atau buang air besar.
*Kuning (pada kulit)
*Muntah terlalu banyak.
*Perut kembung dan keras.
*Pusat berbau busuk dan tidak sembuh (berair)

No comments:

Post a Comment