Monday, March 12, 2012

3 months 3 weeks 3 days

hari ni 12 mac 2012 hr isnin genaplah umur baby qa'id 3 bulan 3 minggu 3 hari .... cepat betul masa berlalu ... 

aku sangat bersyukur diatas segala kurniaan dan nikmat Allah SWT pada aku. rezeki murah, kesihatan baik2 belaka. yang penting bby qa'id semakin membesar dengan sihat walafiat, cergas dan cerdas.

banyak benda baru yang aku pelajari setiap hari daripada qa'id... susah senang bersama qa'id dilalui dengan macam2 perasaan.... anak yg sorang ni betul2 mengajar aku erti hidup. aku rasa kesabaran dan ketabahan aku belum teruji lagi.... kerana ada org diuji oleh Allah SWT dengat ujian yg maha hebat. tp aku setakat ni alhamdulillah, semua nya ok. mungkin ini juga ujian Allah SWT pd aku, Allah SWT bg kesenangan pd aku untuk uji samada aku bersyukur atau tidak. so aku kena sentiasa beringat !!

sejak aku mula bekerja hingga la sekarang, qa'id tidak lagi tidur berbedung seperti sebelum ni... bila aku jemput qa'id dr umah mak noor, main2 kejap, susukan bby, terus tidur hingga la ke pagi esok. satu lg bby tidur tidak lagi secara meniarap. letak terlentang pun dia dh boleh tidur hingga pagi. bila qa'id merengek, terus sumbat susu. qa'id nenen and aku dh terlelap. begitu la rutin qa'id.

adakalanya susah juga nk tidurkan bby. but most of the time qa'id senang tidur.... papa perasan yg qa'id tidur x bedung, and papa ada tanya ... ibu senang je jawab, bby dh besar and takde masalah tidur lg.... cuma qa'id kadang2 tak suka selimut semasa tidur. aku selimut bby, sedar2 aje selimut dh di hujung kaki. 

jumaat lepas, ummi yah ada belikan toy tuk qa'id.... toy loceng, agak bising bunyi nye, tp menarik perhatian baby sebab bunyi dia kuat ... aku bg qa'id, letak kat tangan, bby pegang dan tonyoh ke muka.. qa'id dh pandai pegang benda tp x pandai main lg ... comel je gelagat qa'id pegang toy loceng tu. 

semalam 10 hb (sabtu) dan 11 hb (ahad) ada kenduri kawin sepupu kanda anak pak long. so semua anak beranak kena berkumpul gotong royong kat sana. aku pun kena pegi juga .... kalau ikutkan malas nk pegi ... tp x sedap la org asyik duk sebut aje ... 

tp pegi sana pun hanya untuk buat kemunculn aje supaya org xde nk mengata belakang ... pegi pun x dpt buat pape... nk tolong pun x boleh ... duk berkepit dgn anak je ... yg buat aku xnk pegi sbb kesian kan qa'id. bby kecik lg. sepanjang duk umah pak long pun, qa'id x selesa, nk tidur lama x boleh, bising dan panas.

so dua hari berturut2, qa'id x tidur siang sbb x leh tidur and x selesa. cian anak ibu ... buktinya balik dr umah pak long, aku mandikan dan susukan, terus lelap ... 

apa pun, sehingga hari ni qa'id belum demam mcm baby lain. qa'id asyik nk berdiri aje. bila pegang tangan aje, mula la dia angkat kepala ... senget benget mulut sebab angkat kepala. bila angkat mengekek-ngekek ketawa.

satu lagi bila masa mandi. aku dh mandikan qa'id dengan air paip biasa. dh x campur dengan air panas lg. sejak hantar qa'id pd maknoor, qa'id dh stat mandi air paip. bila masukkan kaki dalam besen, mula la qa'id tergedik2 kaki dia dlam air tu, kaki sebelah mesti angkat mcm nk pijak air tu ... nk main air la katakan. tp qa'id dh x nak duduk dlm besen ... so kena mandikan secara berdiri. skang dh mandikan qa'id 2 kali sehari. x lama lagi qa'id mesti suka main air ... so leh la guna besen mandi qa'id yg besar tu.


No comments:

Post a Comment