Monday, March 12, 2012

Balik kampung 2nd time

Pada 5 - 7 mac lepas, aku bercuti sebab nak kena balik ke kampung atas urusan penting berkenaan tanah pusaka. so pejabat tanah daerah tetapkan tarikh 6 hb mac untuk perjumpaan. semua adik beradik kena hadir. nak taknak kena balik juga.

aku balik ke kelantan naik keta bersama abg kila, abg abi dan kak na. aku terpaksa bawa qa'id kerana baby masih menyusu badan. x boleh tinggal qa'id sebab xde org yg boleh jaga.

trip kali ni balik hari. 5 hb (isnin) tu gerak malam lepas isyak. 6 hb (selasa) lepas selesai urusan di pejabat tanah, terus gerak balik KL. sungguh memenatkan. nasib baik 7 hb (rabu) tu aku apply cuti, so leh la rehat.

so hari isnin tu kanda antakan aku ke umah abg abi. kak na dh ada sana, so tunggu abg kila sampai. balik dgn keta abg kila.

sepanjang perjalanan balik kelantan, mulanya qa'id tidur. sampai berhenti dekat bentong, bby bangun sebab aku nk ke toilet. then qa'id x tidur sehingga la sampai ke ketereh. waktu tu jam 5 pg. sampai umah jam 6, qa'id tidur hingga jam 9.30 pg. aku terpaksa kejutkan bby sebab nk siapkan bby. dlm kul 11 nk ke pejabat tanah.

semasa menunggu, qa'id menyusu dan terlelap. terpaksa kejutkan sebab nk masuk jumpa pegawai. then selesai urusan, nak gerak balik qa'id terlelap. tp singgah umah mentu abg abi, qa'id terjaga. sehingga ke gua musang qa'id jaga, xleh tidur, xnak menyusu dan menangis aje. sampai umah abg ayub di paloh 3, aku susukan qa'id, dan dia terlelap sewaktu azan maghrib. sblm azan isyak, qa'id dh jaga semula. 

gerak blk dr paloh hingga ke bentong, br qa'id terlelap, tu pun tertidor sambil menangis qa'id tidur hingga la sampai ke umah. kesian anak ibu.... lapar dan ngantuk ... nak tidur tp x selesa, asyik nangis aje hingga perut masuk angin. 

sampai bangi jam 2 pg. alhamdulillah qa'id tidur, papa tg jemput umah kak na. sampai ke umah qa'id tidur. aku terus angkat masuk bilik, qa'id tidur dgn selesa dan lena sekali.

waktu singgah paloh td, abg kila belikan nestum tuk qa'id, sebab bby lapar tp bby x nak menyusu. so harap bby mkn nestum, terisi la perut kosong tu. tp qa'id x nk mkn nestum. bila qa'id nangis aku pun turut menangis sama sebab tension, buntu and ksian pd anak. bila abg2 dan kakak suh suap nestum pun aku x sampai hati sbb bby br 3 bulan, perut dia msh belum boleh hadam makanan lg. tp diorg ank masing2 3 bulan dh suap makanan. so aku sedih sgt, cuba bantah tp kena marah. so terpaksa ikut. 

kepenatan terasa hingga aku dan qa'id bangun tengahari pd 7 hb tu .... itu pun kesan dr trip ke kelantan, qa'id masih meragam.... abah terpaksa jampi qa'id. br la xde masalah....

No comments:

Post a Comment