Tuesday, March 27, 2012

Semalam .....

semalam, isnin 26/3/12 ..... banyak perkara berlaku semalam ... tp aku cuma nk cerita apa yg berlaku antara aku dengan qa'id aje....

semalam hanya kami berdua di rumah ... parents-in-law mmg xde ... pegi mekah ... papa keluar anta sarah ke kelas tuisyen, yah plak keluar pegi beli makanan rabbit. so tinggallah aku dengan bby qa'id....

waktu maghrib, qa'id dh terlena di pangkuan aku setelah menyusu. mmg qa'id mengantuk sangat. aku plak tgh layan The Amazing Race 20 ... abis je tv show, aku terus dukung qa'id bawa masuk ke bilik tuk tidurkan bby.

masuk je ke bilik, aku letakkan bby atas tilam, dan bby masih mamai.... aku bangun tuk tutup lampu sebab nk sambung susukan bby. so, susukan qa'id sambil baring .... selalunya qa'id akan tidur tapi kali ni bby jaga.... dia tarik kuat nenen dengan mata terbuka luas memandang sekeliling. pada sangkaan aku, qa'id mmg taknak tidur lagi gamaknya. so, aku biarkan qa'id main sorang2 sebab aku nk solat maghrib. mcm biasa la kalau tinggalkan walau sekejap, qa'id akan melalak.

selesai solat, aku bawa qa'id keluar, tgk tv cerita The SMASH .... layan tv sambil riba bby .... timang2 bby, borak2 dan macam lg. sehingga akhirnya dia tenyeh mata dan menguap. dh menagntuk kot ... fikirku !! so belum sempat cerita habis, aku dh bawa qa'id masuk ke bilik tuk tidurkan dia.

macam biasa aku susukan tuk tidurkan qa'id..... habis yg kiri, aku beralih plak yg kanan .... ternyata qa'id masih tak mahu tidur .... aku plak mmg dh mengantuk ... tp mana mungkin aku tidur dulu sebelum anak tidur??? mmg x mungkin la...

aku rasa geram plak kat qa'id, dia dh memang mengantuk sangat, mata dh merah, tangan duk tenyeh2 mata dan muka, sampai calar balar dh kepala dia duk cakar. menguap toksah cakap la... kejap2 menguap. tp masih degil x mahu tidur.

td aku dh tukar lampin, sapu minyak yuyi, letak bedak dan tukar seluar. tapi qa'id seolah2 x selesa ... sakit perut agaknya..... disebabkan dh lewat, aku lagi sekali tinggalkan qa'id yg tgh melalak tu tuk solat isyak ... belum solat lg, qa'id dh melalak mcm apa ntah ...menangis meraung tekan suara. aku nk solat pun x senang. solat aku x khusyuk, rakaat pertama aku dh menagis sama. solat sambil menangis.... sepanjang solat tu juga qa'id menangis teresak-esak.

aku pun turut menangis ... sambil doa sambil menangis ... tetiba papa masuk bilik ... bawa qa'id keluar, qa'id masih menangis ... lama juga qa'id menangis. hingga papa terpaksa bawa masuk qa'id ke bilik semula.... tp bila aku pegang aje, qa'id stop nangis ... sedu sedan masih ada!! aku peluk dan tenangkan bby. sedih sangat ... aku pandang bby dan bby pandang aku ... seolah2 memahami each other. kalau dlm keadaan biasa, mmg qa'id x pandang aku mcm tu. 

papa ternampak aku menangis, dia duk sibuk tanya kenapa, kenapa, kenapa ???.... aku rimas ditanya kenapa.... bukannya nk tenangkan aku, tp duk sibuk nk tahu kenapa aku menangis..... bila aku cakap x payah tanya kenapa, papa terus keluar bilik!!!

tinggallah aku dengan qa'id ... aku pandang qa'id and tenung anak mata bby .... qa'id pun sama, cara dia pandang aku penuh makna .... penuh pengertian .... aku cium dahi dan peluk qa'id ... air mata aku mengalir lagi ... qa'id juga peluk aku kuat2.... 

aku cuba jd ibu yang baik ... tp kadang2 aku tewas dengan mainan perasaan ... aku cuba jd sempurna untuk anak aku .... tp kadang2 x mampu ... bukan mudah tuk jadi ibu sebenarnya, terlalu banyak pengorbanan, cabaran dan tenaga diperlukan ... itu pun belum tentu memadai tuk hasil yg kita harapkan. apapun semua tu kita kena berserah dan tawakkal pada Allah SWT.... hanya kepada Allah SWT !!

No comments:

Post a Comment