Wednesday, February 29, 2012

BAYI HISAP JARI NORMAL !!!

BAYI HISAP JARI NORMAL !!!

Kajian menunjukkan bahawa bayi
memang suka menghisap dan ia tidak
dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang
suka menghisap jari atau tangan didapati
lebih mudah tidur malam kerana ia dapat
membuatkannya selesa. Sesetengah bayi
akan menghisap jari apabila mereka berasa
penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi
anda bukannya lapar selepas menyusu.
Kelakuannya itu adalah normal.
Janganlah risau. Tabiat ini akan
berkurangan apabila mereka mempelajari
benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat
sebegini akan hilang apabila bayi
mencecah umur sembilan bulan hingga
setahun. Menurut kajian yang dilakukan
oleh American Dental Association, tabiat
menghisap jari tidak akan memudaratkan
dan menyebabkan masalah kepada
pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika
ia diteruskan melebihi usia empat hingga
lima tahun. Kajian mendapati antara 85 dan 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum
mencecah usia ini. Jadi, tiada apa yang perlu
anda khuatirkan bukan?

No comments:

Post a Comment