Thursday, February 16, 2012

Hernia Pusat

Hernia Pusat

Kawasan perut diliputi oleh otot-otot perut yang menjaga rupabentuknya. Ketegangan otot-otot tersebut memastikan perut tidak buncit. Walau bagaimanapun, sesetengah bayi dilahirkan dengan otot-otot perut yang tidak tegang. Kawasan yang tidak tegang itu boleh melibatkan kawasan di sekeliling pusat. Hernia pusat berlaku kerana sebahagian daripada usus menonjol keluar akibat kurangnya ke...tegangan otot-otot perut di kawasan pusat.

Tanda-Tanda

* Bonjol di pusat.

* Bonjol membesar apabila bayi menangis dan hilang apabila bayi berbaring tanpa menangis.

Tindakan Ibubapa

* Jangan balut kawasan itu dengan kain yang ketat. Ini tidak akan menolong menghilangkan bonjol itu.

* Kenal pasti ukuran bonjol kerana sekiranya ia membesar ibubapa akan mengetahuinya.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila

* Bonjol semakin membesar (lebih daripada 2cm).
* Bonjol menjadi keras dan tidak tenggelam apabila bayi berehat.
* Bayi menangis dengan tidak henti-henti.
* Bayi muntah berterusan.


Komen : Kebanyakan hernia pusat akan hilang apabila bayi berumur setahun. Jarang sekali pembedahan diperlukan untuk menghilangkan hernia pusat. Sila lihat Hipotiroid kerana bayi yang menghidapi hipotiroid kerap mendapat hernia pusat

No comments:

Post a Comment