Friday, February 17, 2012

Penjagaan gigi bermula sejak kecil

PENJAGAAN GIGI BERMULA SEJAK KECIL

Penjagaan kesihatan gigi seharusnya bermula sejak bayi masih di dalam kandungan ibu lagi. Di peringkat ini ibu yang hamil wajib mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Ibu juga perlu mengambil makanan yang sseimbang untuk tujuan menjaga kesihatan diri serta kesihatan bayi dalam kandungan.

Bagi ibu-ibu yang mengandung, keinginan untuk selalu makan terutama maka...nan yang manis dan masam akan menjejas kesihatan mulut. Ini sekiranya amalan makan tanpa mengira masa ini diteruskan tanpa memberi perhatian kepada penjaga kebersihan mulut, terutama selepas setiap kali makan.

Sekiranya tidak dijaga, ia akan mengakibatkan kesakitan bagi mereka yang menghadapi masalah gigi berlubang dan penyakit gusi serta mulut berbau. Seringkali kejadian ini dikaitkan keadaan mengandung sebagai punca masalah tersebut, walhal ia tidak sedemikian. Cuma perubahan hormon sewaktu mengandung akan menyebabkan sebilangan ibu mengandung mengalami masalah gusi yang mudah berdarah. Keadaan bertambah teruk dengan amalan kekerapan makan yang tidak boleh dikawal.

Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk pembinaan gigi yang telah pun bermula semasa bayi masih di dalam kandungan ibu lagi. Seharusnya ibu meneruskan amalan baik ini setelah anak itu lahir. Ssalah satu langkah ke arah mencapai tahap gigi sihat seumur hidup ialah dengan mengamalkan tabiat penyusuan yang baik. Pembersihan gigi yang baru tumbuh boleh dibuat dengan menggunakan kain lembut yang dibasahkan.

Adalah tidak digalakkan memberi susu botol semasa anak-anak sedang tidur. Ini kerana, sekiranya gigi itu terendam dalam susu tersebut semasa anak sedang lena, gigi akan mudah berlubang iaitu karies botol susuan.

Gigi yang sering kali terlibat dengan kejadian ini ialah gigi hadapan. Sekiranya keadaan bertambah teruk, ia akan menyebabkan kehilangan gigi susu lebih awal daripada masanya. Ini akan menjejaskan pertumbuhan gigi kekal kelak.

Ekoran itu, masalah gigi yang tumbuh dengan tidak teratur akan terjadi dan dari sini jugalah berpuncanya masalah-masalah yang lain.

Sekiranya anak itu memerlukan juga minuman/susu botol semasa waktu tidur, eloklah beri air kosong sahaja. Botol perlu dikeluarkan apabila anak itu lena. Sewajarnya kita menghentikan menyusu melalui botol apabila anak sudah berumur lebih kurang 2 tahun dan menggalakkan minum susu menggunakan cawan.

Peranan serta asuhan berterusan daripada ibulah yang memaonkan peranan penting untuk menentukan kesihatan mulut anak-anak. Berus gigi perlu diperkenalkan kepada anak-anak apabila mereka berusia 1 atau 2 tahun. Walaupun mereka belum sedar tentang fungsi berus tersebut, sekurang-kurangnya mereka telah kenal dan boleh diasuh cara menggunakannya sedikit demi sedikit. Elakan menggunakan ubat gigi pada peringkat awal kerana mereka akan menelannya. Apa yang penting ialah mengeluarkan sisa makanan di atas permukaan gigi dan tabiat ini harus dilakukan secara beransur-ansur.

Peranan ibu seterusnya ialah memastikan anak mengamalkan tabiat menjaga kebersihan gigi setiap kali selepas makan dan mengurangkan makanan-makanan yang manis dan melekit. Selain itu dapatkan pemeriksaan doktor sekerap yang mungkin.

INFO : MALAYSIAN DENTAL ASSOCIATION

No comments:

Post a Comment