Friday, February 17, 2012

Binatang peliharaan untuk anak2

KELEBIHAN BINATANG PELIHARAAN UNTUK ANAK-ANAK

Menurut American Academy of Child and Adolescent Psyciatry,
anak-anak yang mempunyai binatang peliharaan sendiri mempunyai banyak kelebihan....antaranya ianya dapat meningkatkan 'self esteem' dan 'self confidence' mereka. ia mengajar anak kita untuk memahami konsep simpati dan empati.antara kelebihan yang dibincangkan ialah:

... * binatang peliharaan mengajar anak-anak tentang kehidupan - pembiakan, kelahiran, kesakitan dan kematian....semasa arnab kami mati anak saya mula lah bertanya...kalau hantar hospital arnab ni boleh hidup semula ke ibu? disitulah peranan kita menerangkan konsep kematian sesuai dengan perkembangan umurnya....
* binatang peliharaan juga mengajar anak-anak tentang tanggungjawab - setiap hari mereka akan memberi makan dan membersihkan sangkar.
* ia juga mengajar tentang menghormati makhluk Allah yang lain.

menurut sumber ini juga, anak-anak yang bertingkahlaku terlalu kasar dengan binatang sehingga tahap mendera adalah menunjukkan bahawa mereka mengalami masalah emosi dan jika perlu hendaklah dirujuk kepada psikatrist

No comments:

Post a Comment